30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Pan Borneo: Status kemajuan 10 pakej kerja siap 94 peratus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

STATUS kemajuan pembinaan bagi baki 10 pakej kerja Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak dari Sematan ke Miri kini 94 peratus siap sehingga April lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, hampir keseluruhan jajaran akan siap pada November 2023 kecuali beberapa seksyen di Miri yang perlu direkabentuk semula dan hanya dapat disiapkan pada tahun 2025.

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, satu (1) pakej kerja iaitu pakej Telok Melano ke Sematan
telah siap sepenuhnya pada bulan Januari 2019,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ir Yusof Abdul Wahab (Tanjong Manis) yang minta Menteri menyatakan apakah status terkini projek Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak dan apakah kerja-kerja penyenggaraan selepas tamat pembinaan akan diswastakan dan bagaimanakah syarikat itu akan dilantik.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja penyenggaraan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak akan dilaksanakan oleh syarikat yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyenggaraan selama tempoh tiga tahun bermula dengan penyerahan pakej yang telah siap secara berperingkat.

Advertisements

“Pelantikan syarikat ini tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan.

“Pihak Kementerian sedang dalam proses perolehan bagi memuktamadkan skop dan kos projek. Rundingan akan berjalan dan dijangkakan dapat
diselesaikan pada penghujung tahun ini,”katanya.

Ujar beliau, bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kerajaan, pakej yang telah siap akan diselenggara oleh konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan sedia ada.

“Perkara ini bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya terjamin sehingga kontrak baharu ditandatangani,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan