PEMAIN tengah Chelsea, Mateo Kavacic dilaporkan semakin hampir menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City selepas bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan.
Kontrak pemain antarabangsa Crotia itu bakal berakhir 12 bulan lagi dengan The Blues dijangka menjual pemain berusia dan lebihan bagi mengecilkan skuad sedia ada.
City dilapor telah diberikan lampu hijau bagi mengadakan perbincangan dengan Kovacic bagi melengkapkan perpindahan ke Stadium Etihad.
Menurut wartawan, Fabrizio Romano, City telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan kepada pemain tengah berusia 29 tahun itu dan dijangka akan bersetuju dengan yuran perpindahan yang diminta Chelsea.
Kovacic semalam mengesahkan dia bersetuju menukar ‘persekitaran baharu’ dengan meninggalkan Chelsea musim panas ini selepas melalui musim buruk di Stamford Bridge.
Pemain itu turut memuji pengurus City, Pep Guardiola dan melabel The Citizens sebagai sebuah kelab yang unggul .
City kini berada dalam pasaran perpindahan untuk mencari pengganti Ilkay Gundogan yang mana kontraknya akan berakhir musim ini.
“Saya mempunyai kontrak berbaki setahun di Chelsea. Itu merupakan musim yang buruk. Segalanya telah ditentukan dan selepas lima tahun saya akan tukar persekitaran,” katanya. – Edisi 9