26 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

66 peratus ahli baharu UMNO golongan muda – Asyraf Wajdi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 66 peratus daripada penambahan ahli baharu UMNO dari 1 Januari hingga 6 Jun lalu adalah golongan muda.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti itu menerima 13,442 ahli baharu dengan 8,876 ahli adalah dalam kalangan mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Katanya, biarpun parti itu kerap dilabel sebagai parti pilihan ketiga namun statistik yang ditunjukkan memperlihatkan UMNO diterima oleh golongan muda.

“Untuk tahun ini sahaja penambahan ahli baharu dari 1 Januari hingga 6 Jun adalah 13,442 orang. 

“Meskipun acapkali UMNO dilabel sebagai parti pilihan ketiga, tidak popular, tidak diterima anak muda, suka saya tarik perhatian semua daripada yang berdaftar adalah 8,876 berumur 18 hingga 30 tahun,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata dalam ucapan Laporan Setiausaha Agung UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Sehingga 6 Jun lalu, UMNO mencatatkan sebanyak 3,442,280 ahli merangkumi 22,125 cawangan dan 191 bahagian di seluruh negara termasuk Sabah.

Sementara itu, Asyraf Wajdi turut mengucapkan tahniah kepada Pergerakan Puteri UMNO atas kejayaan menarik penyertaan seramai penyertaan 4,957 orang hanya dalam tempoh dua bulan.

“Ini adalah isyarat dan petunjuk positif bahawa parti kita masih ada pendokongnya, masih ramai yang ingin turut serta dan UMNO parti yang sentiasa terbuka,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan