36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Kami mahukan keadilan untuk Najib – Ahmad Zahid

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menuntut keadilan sewajarnya diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tuntutan tersebut dilaungkan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Ucapan tersebut mendapat tepukan gemuruh daripada ahli UMNO dengan anak Najib, Datuk Seri Mohamad Nizar dilihat bangun memberikan penghormatan.

Ahmad Zahid berkata, biarpun Najib tiada bersama mereka di dalam Dewan Merdeka, semangat dan roh beliau tetap ada memberikan sokongan kepada semua ahli UMNO.

“Bekas pemimpin kita yang sekarang ini berada di belakang tabir besi pun mendoakan dan mengharapkan Kerajaan Perpaduan ini merampas semula enam negeri-negeri ini. 

“Kita berikan semangat walaupun beliau tidak ada bersama kita secara fizikal, jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama dengan kita.

“Kita berikan laungan semangat untuk beliau. Kita mahukan keadilan untuk Najib. Kita mahu keadilan diberikan kepada beliau sebagai seorang manusia,” katanya ketika ucapan dasarnya hari ini.

Ketika berucap, terut dipamerkan satu sesi temubual bersama Mohamad Nizar mengenai apa yang diperkatakan Najib dari tirai besi.

Mohamad Nizar berdiri ketika Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta keadilan untuk ayahandanya. – Edisi9

Katanya, beliau sedar pemainan di luar sana kononnya Najib marah dengan Kerajaan Perpaduan minta mereka menyerang institusi presiden. 

“Apa yang saya ingin tegaskan di sini, ayahanda saya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kita serang institusi presiden ataupun mana-mana komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dia tidak pernah menyatakan sedemikian malah beliau tuntut supaya kita setia dengan UMNO dan menghormati institusi Presiden UMNO yang kini diterajui Ahmad Zahid,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kepada Anwar bahawa apa yang dikatakan dan ditunjukkan dalam Dewan Merdeka adalah jujur dan asli.

“PM (Perdana Menteri), lihat sendiri apa yang dinyatakan itu authentic (asli). Kita di sini, beliau di sana, saya yakin semangat beliau tetap ada di Dewan Merdeka. 

“Kita berdoa tapi Allah minta kita berusaha. Kita menanggapi hasrat yang sangat besar. Majlis tertinggi telah mengambil keputusan mengeluarkan resolusi pendirian UMNO tetap tidak berubah untuk membela keadilan buat Datuk Seri Najib.

“Pada Datin Seri Rosmah Mansor dan keluarga sabar, mudah-mudahan Allah akan melunaskan doa kita semua bersama-sama ahli keluarga,” katanya. –  Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan