25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

JHEV perkasa pangkalan data veteran ATM 

Vibes 2.0 kumpul maklumat veteran, waris pastikan kebajikan sentiasa terjaga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperkasa pangakalan data bagi memastikan kebajikan veteran dan waris mereka sentiasa terjaga.

Menerusi kenyataan JHEV berkata, menerusi pembangunan Veteran Integrated Benefit System (Vibes) 2.0 dapat menambah baik dan meningkatkan kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan mereka.

Katanya, pembangunan sistem itu merupakan teras jabatan, selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) MINDEF 2021-2025: Memperkukuhkan perkhidmatan end-to-end (E2E) sistem ICT di Kementerian Pertahanan. 

“Melalui sistem Vibes 2.0, keupayaan pengurusan, pemantauan dan pelaporan maklumat Veteran ATM dan waris akan lebih berkesan dan berintegriti. 

“Selain itu, sistem yang dibangunkan tersebut akan menukar kaedah kerja konvensional melalui pengautomasian pemprosesan pelbagai perkhidmatan JHEV,” katanya.

Majlis prapelancaran portal Vibes 2.0 telah disempurnakan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur hari ini.

Advertisements

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Zambery Jefry.

JHEV berkata, portal tersebut bakal memberikan manfaat kepada lebih 200,000 veteran ATM dan waris mereka. 

Katanya, sistem Vibes 2.0 turut dilengkapi teknologi keselamatan terkini dengan setiap pengguna perlukan mengesahkan identiti secara elektronik sebelum membuat sebarang urusan.

 “Jika sebelum ini veteran ATM tidak mempunyai kemudahan untuk mengakses maklumat mereka, kini pelbagai kemudahan berkaitan kemaskini maklumat peribadi dan orang tanggungan disediakan.

“Ini termasuk permohonan dan semakan bayaran berkaitan faedah persaraan, bantuan kebajikan, tuntutan perubatan, bantuan mengurus jenazah, baik pulih rumah, kad veteran, padanan pekerjaan dan lain-lain. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan