28.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 12, 2024

Forest lepaskan Lingard selepas semusim di City Ground

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JESSE Lingard dilepaskan Nottinham Forest biarpun hanya baru semusim di City Ground.

Pemain tengah itu menyertai Forest pada awal musim lalu dengan kontrak setahun dengan gaji sebanyak RM1.14 juta seminggu dari Manchester United.

Bagaimanapun, Forest yang terselamat daripada penurunan divisyen musim ini mengambil langkah drastik dengan menggugurkan beberapa pemain termasuk Lingard.

Pemain berusia 30 tahun itu melakukan sebanyak 20 penampilan musim ini liga dan gagal menjaringkan sebarang gol atau bantuan jaringan.

Forest hari ini mengesahkan tidak akan menyambung kontrak Lingard.

Advertisements

Lingard agak bergelut untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Steve Cooper dan hanya menjaringkan satu gol dan satu bantuan jaringan, kedua-duanya dihasilkan dalam aksi Piala Liga.

Selain Lingard, antara pemain yang digugurkan adalah Andre Ayew, Cafu, Jack Colback, Jordan Smith dan Lyle Taylor.

Sementara itu, beberapa pemain pinjaman seperti Keylor Navas, Dean Henderson dan Renan Lodi kembali ke kelab asal masing-masing.

Forest dijangka menandatangani penyerang, Chris Wood secara tetap apabila jendela perpindahan dibuka Julai ini sementara bakal perpindahan Henderson hanya ditentukan jika David de Gea menandatangani kontrak baharu bersama Manchester United. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sukuk wakalah Samaiden terima penarafan RAM

SAMAIDEN Group Berhad, pakar tenaga boleh diperbaharui (RE) yang terlibat terutamanya dalam kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) dan...

Lagi Artikel Berkaitan