26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Anwar minta Abdul Hadi henti guna naratif kolot, jumud

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang diminta berhenti daripada menggunakan naratif kolot dan jumut dalam usaha bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemimpin pembangkang itu sepatutnya melihat sejauh mana dakwaan kononnya kerajaan di bawah pimpinan beliau mengabaikan Islam, mengkhianati orang Melayu dan sebagainya.

Katanya, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, kerajaan perlu adil dalam mengangkat penghayatan Islam serta memelihara hak golongan bukan Islam.

“Yang penting dasar, di mana dasar yang kita (kerajaan) tinggalkan Islam, yang kita khianat orang Melayu, di mana yang kita curi tanah Melayu, curi saham, curi projek-projek di mana? 

“Ini yang patut kita nilai, jangan gunakan naratif kolot dan jumud,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian pameran ‘Lukisan Orientalis: Cerminan Atau Bayangan?’, di Muzium Kesenian Islam Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Abdul Hadi bahawa Pakatan Harapan (PH) tidak sesuai menjadi kerajaan serta memimpin negara kerana dikuasai parti bukan Islam.

Dalam pada itu, Pengerusi PH itu turut mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimen yang dimainkan Abdul Hadi itu.

“Kalau tengok naratif yang lama-lama dalam kalangan orang yang ada kes kalau ikut, kalau diteliti betul-betul dia takut untuk disiasat, kamu sudah ambil, pulangkan balik. Itu sahaja yang saya perlukan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan