24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Op Lejang Khas: Polis rampas RM19.8 juta kenderaan curi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan dengan nilai rampasan sebanyak RM19.8 juta atau 847 kenderaan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata, berdasarkan statistik operasi di bawah OP Lejang Khas itu, sebanyak 6,709 kertas siasatan telah dibuka bagi kes kecurian kereta yang dilaporkan.

Katanya, Bahagian D4 telah menjalankan 1,049 serbuan melibatkan tangkapan seramai 1,225 individu dengan rampasan wang tunai sebanyak RM502,865.

“Dianggarkan jumlah nilai rampasan kenderaan adalah sebanyak RM19.8 juta bagi 847 buah kenderaan.

“Secara keseluruhan, operasi yang dijalankan ini telah berjaya menyelesaikan sebanyak 1.658 kes dan daripada jumlah itu sebanyak 639 kes atau 9.5 peratus kertas siasatan telah berjaya dituduh,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Advertisements

Oleh itu, Jabatan Siasatan Jenayah menyeru masyarakat untuk mengambil langkah pencegahan dengan menambah ciri keselamatan pada sistem kenderaan.

Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan, sindiket tersebut tidak mencuri kenderaan yang dilengkapi sistem tambahan.

“Selain itu, masyarakat juga digalakkan tidak menangguh laporan polis sekiranya kenderaan dicuri.

“Turut diingatkan, elak meletakkan kenderaan anda di kawasan yang tiada sistem kamera litar tertutup dan juga lakukan ujian keberkesanan pada sistem pengera kenderaan anda,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan