32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Tugas getir dua ‘final’ Harimau Muda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASUKAN bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara bakal berdepan dua aksi ‘final’ dalam tempoh empat hari menentang Thailand dan Vietnam dalam aksi peringkat kumpulan Sukan SEA 2023 Kemboja.

Perlawanan diibaratkan ‘hidup dan mati’ itu penting dalam memastikan skuad bimbingan E. Elavarasan itu mara ke peringkat separuh akhir sekali gus melepasi halangan ‘kumpulan maut’ itu.

Skuad Harimau Muda itu tidak mempunyai pilihan lain selain mencuri tiga mata dalam kedua-dua perlawanan walaupun cabarannya tampak sukar.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, beliau mahukan skuad muda negara itu berjuang bermati-matian bagi mencatat keputusan positif menentang dua pasukan pilihan tersebut.

“Kita lawan Thailand dan Vietnam adalah ibarat perlawanan final. Maknanya kalau boleh kalahkan Thailand atau Vietnam, mereka (pemain) sudah boleh merasakan mungkin bakal menjadi juara,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan bersama media tempatan di Phnom Penh, Kemboja malam tadi.

Harimau Muda memulakan aksi peringkat kumpulan B Sukan SEA 2023 Kemboja dengan cukup bergaya selepas membelasah Laos 5-1 pada Rabu lalu.

Dua aksi seterusnya menyaksikan Malaysia akan berdepan cabaran Thailand di Stadium Prince esok, disusuli Vietnam pada Isnin depan dan Singapura pada 11 Mei ini.

Thailand dan Vietnam akan bertemu sesama sendiri pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan juga pada 11 Mei namun aksi kedua-dua pasukan hanya akan berlangsung selepas perlawanan skuad Harimau Muda.

Juara bertahan, Vietnam kini di tangga teratas kumpulan dengan enam mata selepas menewaskan Laos 2-0 dalam aksi pembukaan seterusnya menang 3-1 ke atas Singapura pada Rabu lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan