Monday, July 20, 2026

Salahuddin, delegasi KPDN lawat Melbourne

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dan delegasi kementerian kini dalam rangka kerja lawatan ke Melbourne, Australia.

Beliau berkata, lawatan itu antara lain bermatlamat mempelajari dan bertukar pendapat tentang isu kepenggunaan di Australia.

“Pada kesempatan ini, saya juga melawat Pejabat Konsulat Besar Malaysia di Melbourne di mana ketibaan kami disambut Konsulat Besar Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud.

“Saya juga mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Dewan Malaysia, Melbourne.

“Kami bertukar pandangan dengan wakil Persatuan Pelajar Malaysia di sana.

“Saya bangga dengan iltizam dan keinginan mereka kembali berbakti demi negara,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan