28.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024

Tanah runtuh Wisma YPR: KKR belum terima permohonan bantuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) masih belum terima sebarang bentuk permohonan bantuan daripada pihak yang terlibat dalam runtuhan tanah di Wisma YPR, Off Jalan Syed Putra, tengah malam tadi.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, difahamkan, pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhak memohon pemilik premis untuk melantik perunding.

Ujarnya, ia bagi menyiasat, membuat laporan serta mengemukakan kaedah pembaikan kepada PBT untuk kelulusan.

“Dalam perbualan dengan beberapa pekerja di bangunan berkenaan, saya mendapat gambaran awal bagaimana kejadian sedih meragut nyawa seorang pengawal keselamatan itu.

“Mereka (pekerja bangunan) tidak menyangka akan terjadi tanah runtuh kerana tiada sebarang petanda awal. Tambah pula dengan cuaca tidak menentu.

“Melalui tinjauan tadi, kerja-kerja pembersihan tapak dilaksanakan dan ‘tarpaulin sheet’ di kawasan cerun runtuhan dipasang bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah,” katanya dalam kenyataan di Facebook selepas meninjau lokasi kejadian tanah runtuh, petang semalam.

Advertisements

Menurut beliau, difahamkan oleh pekerja-pekerja bangunan, PBT iaitu DBKL dan juga Bomba telahpun turun ke tapak bagi melaksanakan tindakan awal yang sewajarnya.

Dalam pada itu, ujarnya, meskipun premis ini adalah milik swasta dan berada di bawah penyelarasan DBKL, pihaknya bersedia menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diperlukan.

Pihaknya juga menasihati orang ramai yang ternampak atau menyedari sebarang pergerakan tanah dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

“Saya seru semua pihak agar dapat menyalurkan maklumat dengan kadar segera kerana dikhuatiri boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga tempatan yang sedang bertugas di sebuah pondok pengawal maut apabila tertimbus dalam runtuhan batu penahan tebing. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

1,091 projek naik taraf sekolah daif telah diluluskan – KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) telah meluluskan sebanyak 1,091 projek naik taraf dan pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara...

Lagi Artikel Berkaitan