24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Peminat EPL bakal dengar perbualan pengadil dan VAR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIGA Perdana Inggeris (EPL) sedang mengadakan rundingan bagi pelan membenarkan penyokong mendengar perbualan antara pengadil dan juga pegawai video bantuan pengadil (VAR) bagi setiap perlawanan.

Langkah itu bertujuan bagi menjelaskan kepada penyokong kenapa keputusan itu dibuat selepas perbincangan dan penelitian video ulang tayang insiden yang meragukan.

Ketua Pegawai Pengadil Lembaga Pegawai Rasmi Profesional Perlawanan (PGMOL), Howard Webb dilapor sedang memperjuangkan isu ini sejak dilantik memegang jawatan itu pada Disember lalu.

Ini kerana Webb berpendapat penyokong seharusnya tidak harus disorokkan dengan realiti yang berlaku serta menjawab tanda tanya terutama bagi keputusan kontroversi.

Mengambil contoh perlawanan antara Liverpool dan Fulham awal pagi semalam, penyokong akan lebih menghargai keputusan pegawai perlawanan jika mereka mendengar perbincangan mengapa The Reda dihadiahkan sepakan penalti selepas merujuk VAR.

Advertisements

Memetik laporan Mail Sports, Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) berkata sebagai badan yang menentukan undang-undang, mereka tiada masalah untuk membenarkan audio tersebut didedahkan kepada umum.

Namun, IFAB menegaskan pendedahan tersebut perlulah dibuat sesudah perlawanan dan tidak boleh didedahkan secara langsung ketika perlawanan.

Sementara itu, kelab-kelab EPL dilaporkan terbuka terhadap cadangan tersebut selagi pengadil dan pegawai VAR merasakan tiada apa yang perlu disembunyikan mereka.

Bagaimanapun, pelaksanaan inisiatif tersebut tidak akan dilaksanakan dalam musim ini dan mungkin dilaksanakan musim depan jika EPL dapat mencapai persetujuan dengan pemegang taruh. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan