SAMPDORIA tersingkir dari Serie A buat kali pertama dalam tempoh sedekad susulan tewas 2-0 kepada Udinese di Stadium Friuli, awal pagi tadi.
Dua gol dalam separuh masa pertama menerusi Roberto Pereyra dan Adam Masina sudah cukup menghantar lawan ke Serie B dengan aksi liga masih berbaki empat perlawanan.
Penyingkiran divisyen itu menyaksikan kelab tersebut bergelut dengan krisis kewangan yang teruk dan berdepan kemungkinan diisytiharkan bankrap.
Sampdoria memenangi Scudetto pada 1991 dan layak ke final Piala Eropah di Stadium Wembley pada tahu berikutnya.
Pasukan tersebut ketika itu dibarisan pemain handalan seperti Roberto Mancini dan Gianluca Vialli ketika tewas 1-0 kepada Barcelona di perlawanan akhir berkenaan.
Namun, sebagai ahli tetap Serie A sejak musim 2012-13, Sampdoria bergelut dengan masalah kewangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan kesudahannya menyaksikan mereka tersingkir ke Serie B musim depan.
Sementara itu, Empoli boleh menarik nafas lega selepas mengesahkan tempat mereka di Serie A musim depan apabila menang 2-1 ke atas Salernitana.
Gol-gol Empoli dijaringkan oleh Nicolo Cambiagni dan Francesco Caputo sementara Krzysztof Piatek menjaringkan gol saguhati buat pelawat.
Dalam perkembangan berkaitan, Genoa mengesahkan slot ke Serie A hanya selepas semusim turun ke Serie B.
Kelab Grifone itu akan mengiringi Frosinone apabila kedua-dua pasukan mengesahkan slot dua pasukan teratas di divisyen dua berkenaan. – Edisi 9