25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Ronaldo tolak staf pasukan lawan ajak swafoto

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BINTANG sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo dilaporkan menolak staf kejurulatihan Al-Khaleej ketika cuba meminta pemain itu untuk berswafoto selepas perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1.

Terdahulu, selepas wisel penamatkan ditiupkan, Ronaldo diminta jersinya oleh pemain dan staf pasukan pelawat dan akhirnya memberikan jersi tersebut kepada salah seorang pemain.

Namun, Ronaldo tidak menunjukkan sikap yang baik apabila diminta berswafoto oleh staf kejurulatihan Al-Khaleej.

Penyerang antarabangsa Portugal itu enggan melayan permintaan individu tersebut dan kemudiannya menolak staf tersebut ke tepi.

Tindakan Ronaldo itu dikaitkan dengan keputusan seri yang dicatat Al-Nassr sekali gus menyebabkan harapan kelab itu menjuarai Liga Profesional Arab Saudi semakin berliku.

Advertisements

Keputusan itu meletakkan Al-Nassr ketinggalan lima mata berbanding pendahulu liga, Al-Ittihad.

Ronaldo dalam perlawanan turut menyaksikan gol jaringannya dibatalkan kerana kedudukan offiside.

Fabio Martins meletakkan Al-Khaleej yang berada di atas zon penyingkiran di depan pada minit keempat sebelum Alvaro Gonzalez menyamakan kedudukan pada minit ke-17.

Perlawanan seterusnya Al-Nassr adalah pada 16 Mei menentang Al-Ta’ee di tempat lawan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan