26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

EPL: Forest keluar dari zon penyingkiran

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NOTTINGHAM Forest berjaya keluar dari zon penyingkiran selepas mencatat kemenangan 4-3 ke atas pasukan tercorot, Southampton di The City Ground awal pagi tadi.

Kemenangan itu melonjakkan Forest ke tangga ke-16 dari kedudukan ke-19 sementara The Saints berdepan tugas berat kerana perlu menang baki tiga perlawanan jika mahu kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Taiwo Awoniyi menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit, pertama selepas menyudahkan hantaran lintang Brennan Johnson sebelum melakukan sepakan voli untuk gol kedua.

Southampton bangkit merapatkan jurang menerusi Carlos Alcaraz pada minit ke-25 tetapi Forest kembali menjarakkan jaringan menerusi gol sepakan penalti Morgan Gibbs-White seminit sebelum rehat.

Pelawat memperoleh gol kedua pada minit ke-51 hasil tandukan Lyanco yang berpunca daripada sepakan penjuru James Ward-Prowse.

Advertisements

Danilo meletakkan Forest dua gol di depan apabila menjaringkan gol keempat dan gol ketiga berturut-turut peribadi untuk menjadikan kedudukan 4-2.

Ward-Prowse meledak gol ketiga The Saints pada waktu kecederaan namun itu sudah terlewat untuk menghalang kemenangan skuad bimbingan Steve Cooper.

Kemenangan ini meletakkan Forest di tangga ke-16 dengan 33 mata, dibezakan tiga mata dari zon penyingkiran.

Southampton yang hanya mempunyai 24 mata bakal turun ke Liga Kejohanan jika gagal menewaskan Fulham Sabtu ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan