30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

EPL: Everton belasah Brighton 5-1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

EVERTON keluar dari zon penyingkiran selepas mencatat kemenangan mengejut apabila membelasah Brighton, 5-1 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex awal pagi tadi.

Kemenangan itu melonjak skuad Toffes ke tangga ke-17 dengan berkelebihan dua mata berbanding Leicester City dan Leeds United.

Ini merupakan kemenangan di tempat lawan pertama Everton sejak Oktober dengan dua pemain, Abdoulaye Doucoure dan Dwight McNeil masing-masing menjaringkan dua gol.

Dalam aksi di Stadium Amex, pelawat berjaya memperoleh gol pada minit pertama, hanya 34 saat selepas sepak mula menerusi Doucoure.

Untuk rekod, itu merupakan gol ketiga terpantas EPL musim ini dan Everton sejak 2017.

Pemain tengah itu terus cemerlang apabila menyudahkan hantaran McNeil untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-29.

Advertisements

Enam minit berselang, Brighton tambah parah apabila anak buah Sean Dyche memperoleh gol ketiga hasil jaringan sendiri penjaga gol, Jason Steele.

Itu menjadikan pasukan terbanyak menjaringkan gol sendiri dengan 14 jaringan sejak debut di EPL pada musim 2017/18.

Brighton melakukan empat pertukaran selepas rehat babak pertama namun pemain gantian, Solly March melakukan kesilapan mudah apabila hantarannya dipintas Alex Iwobi sebelum disudahkan McNeil untuk gol keempat pelawat.

Brighton yang dibimbing Roberto De Zerbi merapatkan jurang pada minit ke-77 selepas percubaan Kaoru Mitoma singgah di tiang gol sebelum terkena Alexis Mac Allister dan menerjah gawang.

McNeill menjadikan kedudukan 5-1 pada waktu kecederaan sekali gus menghidupkan peluang Everton kekal di EPL musim depan sementara impian Brighton ke Eropah semakin pudar. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan