31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Sukan SEA: Harimau Muda gagal ke separuh akhir

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKUAD bawah 22 tahun (B-22) negara gagal melangkah ke peringkat separuh akhir saingan bola sepak Sukan SEA Kemboja 2023 selepas tewas 2-1 kepada Vietnam malam tadi.

Tewas kepada Thailand 2-0 Sabtu lalu, anak buah E. Elavarasan turun dengan misi wajib menang namun mereka ketinggalan seawal minit keenam apabila Vietnam dihadiahkan sepakan penalti.

Sepakan penyerang, Van Tung Nguyen berjaya diselamatkan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman namun tindakan susulan Nguyen menerjah jaring.

Penyandang juara itu sekali melebarkan kedudukan pada minit ke-33 apabila mudah menyempurnakan hantaran di depan gawang bagi menjadikan kedudukan 2-0.

Malaysia bagaimanapun berjaya merapatkan jurang sebelum rehat menerusi penyudah Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-43.

Advertisements

Skuad muda negara berpeluang menyamakan kedudukan pada minit ke-52 namun Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal sekadar menggegar tiang gol Vietnam.

Malaysia terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhammad Safwan Mazlan dilayangkan kad merah kerana didakwa menolak muka pemain lawan.

Selang tiga minit kemudian, giliran Muhammad Najmudin Akmal pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua sekali gus menyaksikan Harimau Muda beraksi dengan sembilan pemain.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia kekal di tangga ketiga Kumpulan B dengan tiga mata hasil kemenangan menentang Laos 5-1 dalam aksi pembukaan lalu.

Skuad bimbingan Elavarasan itu akan melengkapkan jadual menentang Singapura dalam aksi terakhir kumpulan sambil Thailand dan Vietnam sudah mengesahkan slot ke separuh akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan