27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ratcliffe pilihan utama keluarga Glazer

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMILIK Manchester United, keluarga Glazer dilaporkan telah mengenal pasti pembida pilihan sejak lebih enam bulan mula meletakkan kelab itu untuk dijual.

Menurut laporan akhbar Inggeris, The Sun, Sir Jim Ratcliffe kini merupakan pilihan utama untuk menjadi pemilik baharu Red Devils dalam tempoh 18 tahun.

Sejak keluarga Glazer mengumumkan hasrat untuk menjual kelab sewaktu kejohanan Piala Dunia Qatar, pelbagai nama dikaitkan untuk menjadi pemilik baharu kelab Manchester tersebut.

Untuk tempoh beberapa bulan ini, persaingan antara jutawan Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani dan Ratcliffe dilaporkan saling bersaing sesama sendiri.

Advertisements

Namun, tawaran usahawan kejuruteraan kimia itu dikatakan dikatakan lebih menarik pada harga RM28 bilion dan memberikan saham minoriti kepada keluarga Glazer.

Pemilik semasa kelab melihat tawaran itu menghampiri sasaran jualan sekitar RM33.8 bilion yang ditetapkan mereka.

Tawaran itu berbeza dengan apa yang dikemukakan Sheikh Jassim yang menawarkan harga RM28 bilion dengan pemilikan saham kelab 100 peratus milik mereka.

Penyokong United baru-baru ini mengadakan protes dan mendesak keluarga Glazer supaya menjualkan saham mereka 100 peratus kepada pemilik baharu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan