30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Real Madrid sasar rekod dunia ikat Mbappe

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB gergasi Sepanyol, Real Madrid dilaporkan berminat mendapatkan bintang sensasi Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dengan tawaran mega dengan rekod perpindahan termahal dunia.

Penyerang berusia 24 tahun itu menandatangani kontrak baharu pada awal musim 2022-23 dengan pendapatan melebihi RM3.08 bilion.

Real pada musim panas lalu menyatakan minat mendapatkan Mbappe dan mengemukakan tawaran sekitar RM855 juta namun ditolak.

Menurut laporan The Telegraph, Mbappe dikaitkan dengan perpindahan ke Madrid dan Los Blancos percaya kelab itu yakin mampu meyakinkan bintang itu agar berhijrah ke La Liga.

Mbappe baru-baru ini menegaskan dia sangat gembira bersama PSG.

Advertisements

“Bagi saya beraksi di sini (PSG) merupakan satu penghargaan. Saya dari Paris dan berada di PSG sangat istimewa.

“I saya tiba di sini ketika masih muda dan membesar dan menjadi matang baik di dalam mahupun luar padang.

“Jika saya menentukan masa depan saya bersandarkan Liga Juara Juara Eropah (UCL), saya tidak mahu tidak menghormati kelan, itu sudah lebih,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Real sedang mengadakan perbincangan mengenai jumlah bayaran perpindahan Jude Bellingham dari Borussia Dortmund.

Pemain muda Inggeris itu dilapor telah bersetuju dengan terma tawaran kontrak bersama Los Blancos. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akmal kekal luar Kabinet selagi UMNO belum dapat kepercayaan

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berpendirian untuk terus kekal berada di luar Kabinet selagi partinya belum mendapat kepercayaan...

Lagi Artikel Berkaitan