24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

UCL: Inter selangkah ke final

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERTEMUAN Derby della Madonnina di peringkat separuh akhir pertama Liga Juara Juara Eropah (UCL) menyaksikan Inter Milan menewaskan Ac Milan 2-0 di San Siro, awal pagi tadi.

Dua gol dalam tempoh tiga minit pada awal babak pertama sudah cukup memastikan skuad bimbingan Simone Inzaghi itu membawa bekalan selesa bagi aksi timbal balik Selasa depan.

Berkongsi stadium yang sama, aksi pertama separuh akhir itu menyaksikan Milan menjadi tuan rumah dan San Siro dipenuhi warna keramat merah hitam.

Namun, itu tidak menggentarkan Inter apabila mendahului seawal minit kelapan apabila melakukan sepakan voli kaki kiri menerjah gawang Mike Maignan.

Gol tersebut berpunca daripada sepakan penjuru yang diambil Hakan Calhanoglu.

Advertisements

Belum pun sempat Milan memperkemaskan benteng pertahanan, Inter mengegar gawang tuan rumah lagi dan kali ini giliran Henrik Mkhitaryan mencetak nama sebagai penjaring.

Hanya tiga minit selepas gol pertama, pemain antarabangsa Armenia itu melakukan sepakan mengelirukan selepas menerima hantaran Federico Dimarco untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Anak buah Stefano Pioli bernasib baik apabila pengadil menarik balik sepakan penalti yang diberikan selepas merujuk kepada video bantuan pengadil (VAR) susulan insiden Simon Kjaer menjatuhkan Lautaro Martinez dalam kawasan penalti.

Junior Messias terlepas peluang merapatkan jurang pada minit ke-52 apabila percubaannya dari dalam kawasan penalti tersasar.

Tiada tambahan jaringan dihasilkan dan pertembungan suku akhir kedua tampak memberikan kelebihan Inter yang akan beraksi sebagai tuan rumah di stadium keramat, San Siro. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan