30.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

PSG juara Ligue 1

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

LIONEL Messi menjaringkan satu gol ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) seri 1-1 menentang Racing Strasbourg sekali gus mengesahkan kejuaraan Ligue 1 untuk musim kedua berturut-turut.

Sejarah turut tercipta kerana kejayaan ini merupakan gelaran juara Ligue 1 ke-11 PSG sejak penubuhan kelab.

Kemenangan itu meletakkan PSG di tangga teratas dengan 85 mata, empat mata di depan RC Lens di kedudukan kedua dengan baki satu perlawanan.

Lens turut mencipta sejarah layak ke Liga Juara Juara Eropah musim depan selepas 21 tahun susulan kejayaan menewaskan AC Ajaccio 3-0 di Stadium Bollaert-Delelis awal pagi tadi.

Sementara itu, pengurus PSG, Christophe Galtier segalanya berjalan tidak seperti yang dijangka namun pengakhirannya tetap menjadi milik mereka.

“Segalanya tidak sempurna tetapi kejuaraan ini milik semua pemain. Menjadi juara Perancis adalah sesuatu yang hebat.

“Dari sudut pandangan peribadi, saya sangat menghargai kejayaan ini,” katanya.

Mengulas mengenai masa depannya biarpun baru semusim di Parc des Princes, Galtier memberi bayangan mahu kekal mengendalikan PSG.

“Saya membaca banyak (laporan media) mengenai perkara ini tetapi ada perbezaan antara apa yang ditulis dan apa yang berlaku,” ujarnya. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan