31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Selangor ke separuh akhir Piala FA

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELANGOR mara ke peringkat separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, malam tadi.

Skuad Hobin Jang Hobin berada di depan seawal minit tandukan Safuwan Baharuddin yang menewaskan Khairulazhan Khalid di gawang pelawat.

Tidak sampai dua minit selepas gol tuan rumah, skuad Gergasi Merah Kuning bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret Mukhairi Ajmal pada minit ketiga.

Pemain kebangsaan, Faisal Halim berpeluang menambah jaringan Selangor pada minit ke-19 namun percubaannya dari dalam kawasan penalti sekadar menggegar palang sebelum dikeluarkan pertahanan Negeri Sembilan.

Minit ke-39 menyaksikan Khairulazhan menafikan percubaan voli Anselmo Casagrande susulan kegagalan Yazan Al-Arab mengeluarkan bola lambung ke dalam kawasan Selangor.

Babak kedua menyaksikan pelawat garang apabila meledak dua gol, kedua-duanya dijaringkan pemain import, Yohandry Orozco.

Gol kedua Selangor dijaringkan pada minit ke-60 apabila Orozco bijak melepaskan satu sepakan menarik melepasi kawalan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Faisal hampir sahaja menghukum salah faham antara barisan pertahanan Negeri Sembilan namun kali ini Sikh Izhan cemerlang menafikan percubaan satu lawan satu.

Orozco mengesahkan kemenangan Selangor pada minit ke-87 menerusi satu rembatan cantik ke penjuru kanan Negeri Sembilan ketika Sikh Izhan tidak mampu berbuat apa-apa.

Terdahulu, Terengganu menjadi pasukan pertama layak ke separuh akhir selepas menewaskan Kelantan 4-2 dalam aksi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus petang semalam.

Gol-gol Terengganu dijaringkan Azam Azmi Murad pada minit ke-17, Ivan Mamut (41′), Sony Norde (52′) dan Syafik Ismail (82′) sementara dua gol Kelantan disumbangkan Ismaheel Akinade (45′ 63′). – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan