29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mayat lelaki ditemukan terapung di Pulau Kukup

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAYAT seorang lelaki tanpa pengenalan diri ditemukan terapung di tengah laut berhampiran Pulau Kukup, Pontian, pada pukul 5.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Abd. Hamid Abd. Rahaman berkata, pihaknya menerima laporan daripada ejen sebuah syarikat yang melaporkan mengenai penemuan mayat tersebut.

“Lelaki itu dipercayai telah lama meninggal dunia berdasarkan tubuh badan telah mereput dan terapung di permukaan laut. Mayat dijumpai tiada berpakaian dan hanya berseluar dalam. 

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat untuk dibuat pengecaman,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Advertisements

Dalam pada itu, beliau berkata, mayat telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Pontian bagi tujuan mengenal pasti punca kematian.

Ujarnya, Sehingga kini polis masih gagal mengesan waris, majikan ataupun kenalan mayat berkenaan. 

“Polis memohon kepada ahli keluarga, majikan atau orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, pekerja ataupun kenalan boleh berhubung dengan Sarjan Shahibul Hamdi Derama (Balai Polis Permas) di talian 018-271 4199,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan