24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

KDN teliti laporan SPRM dedah 125 salah laku anggota PDRM

Mesti Baca

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) akan meneliti laporan bahawa terdapat 125 laporan salah laku melibatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang belum diambil tindakan seperti yang didedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, walaupun angka itu agak kecil dibandingkan dengan 122,000 anggota polis di seluruh negara, namun ia perlu ditangani dengan segera.

“Kami akan teliti laporan berkenaan dan lihat penambahbaikan yang boleh dijalankan, kita tidak harus mempunyai ‘denial syndrome‘ terhadap laporan itu dan ia juga tidak harus merentap moral PDRM,”katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka PDRM di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan keselamatan terbesar negara itu, dan PDRM harus menjadi institusi yang diyakini rakyat.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata terdapat 553 laporan salah laku tidak diendahkan oleh agensi kerajaan walaupun syor agar tindakan diambil telah dibuat oleh SPRM, dengan 125 laporan membabitkan anggota PDRM.

Turut hadir di Majlis Rumah Terbuka PDRM hari ini ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan timbalannya Tan Sri Razarudin Husain. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan