24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Agoda senarai 11 penginapan berbaloi untuk wang

Mesti Baca

ADAKAH anda sedang merancang percutian seterusnya yang dapat memberikan nilai yang terbaik bagi wang anda?

Platform pelancongan dalam talian Agoda telah menyenaraikan 11 pilihan tempat penginapan yang unik, menakjubkan, digemari oleh pengembara dan masing-masing mempunyai ciri tersendiri yang luar biasa, dan mendapat penarafan 9+ daripada 10 dalam ulasan ‘berbaloi dengan harga’.

Merangkumi tempat percutian mewah, hab kreatif, penginapan di atas kafe bir Belgium, kontena kapal dan banyak lagi, tempat-tempat penginapan yang dipaparkan ini adalah tiada tolok bandingannya dalam ciri keunikan, keselesaan dan harga mampu milik.

Justeru, tanpa mengira sama ada anda sedang merancang percutian berdua yang romantik, percutian keluarga atau pengembaraan solo, teruskan bacaan untuk mengetahui tempat-tempat penginapan kegemaran pelancong yang kebanyakannya mesra bajet, sukar untuk dilupakan dan yang pastinya menggembirakan, memberikan kejutan serta inspirasi.

  1. Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa, Singapura
    Penarafan: 9.0/10
    Kadar bilik: RM 850.50

Kecantikan sebenar terserlah daripada dalam, dan ini sememangnya dapat definisikan sebagai tempat penginapan kegemaran di Singapura.

The Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa memberikan gambaran seperti namanya — sebuah kontena kapal yang telah diubah suai menjadi bilik hotel.

Kurang menarik? Nanti dahulu! Sebenarnya, bahagian dalamannya adalah nyaman dan selesa.

Pengalaman menginap di hotel ini memang cukup bagus sehingga ia memperoleh penarafan 9/10 dalam kategori ‘Berbaloi dengan Harga’.

Haw Par Villa, Singapura. – Foto: Agoda
  1. Smarana Hanoi Heritage, Vietnam
    Penarafan: 9.2/10
    Kadar bilik: RM 340.04

Keindahan hotel ini sudah pastinya akan membuatkan anda tersenyum sebelum anda menjejakkan kaki ke dalamnya.

Bangunan Hotel Smarana Hanoi Heritage berwarna ceria, dihiasi tumbuh-tumbuhan dan menampilkan balkoni ala Perancis yang menawan.

Sebaik sahaja berada di dalam, anda sememangnya akan jatuh cinta sepenuhnya dengan ciri-cirinya yang asli, bergaya dan menawan.

Semuanya terasa sempurna. Ia sesungguhnya sebuah hotel 5 bintang yang unik dengan harga yang berpatutan di lokasi utama Hanoi.

Smarana Hanoi Heritage. – Foto: Agoda
  1. Feel Good Bangkok Hostel, Thailand
    Penarafan: 9.8/10
    Kadar bilik: RM 113.13

The Feel Good Hostel & Café merupakan satu-satunya hostel dalam senarai ini dan sememangnya layak untuk disenaraikan.

Ulasan daripada para tetamu menyatakan bahawa hotel ini mempunyai katil yang selesa, bilik yang bersih, layanan yang bagus, dan lokasi yang hebat, berhampiran Jalan Kao San yang menjadi kegemaran pengembara beg galas dan juga Istana Besar di seberang sungai Chao Phraya.

Bagi mereka yang inginkan privasi, bilik dengan bilik mandi persendirian juga disediakan dengan harga kurang daripada RM 117.46 bagi satu malam!

Feel Good Hostel & Cafe, Bangkok. – Foto: Agoda
  1. KLoe Hotel, Kuala Lumpur
    Penarafan: 9.2/10
    Kadar bilik: RM 392.35

KLoe Hotel telah diiktiraf sebagai pilihan utama di Kuala Lumpur oleh para pelanggan Agoda tahun lepas.

Lihatlah imej hotel ini di Agoda dan anda akan memahami sebab penginapan ini menjadi pilihan ramai.

Hotel butik ini diposisikan sebagai hab nomad kreatif dan banyak memberi tumpuan kepada reka bentuk dalamannya, memastikan halaman tengah dan laluan pejalan kaki terbuka dapat mencetuskan kreativiti bagi setiap tetamu yang menginap di sini.

Dengan adanya bilik khas untuk membaca, mendengar, dan melukis, hotel ini memberikan ruang kepada pengkarya untuk menyerlahkan potensi mereka.

Bagi para penulis yang ketandusan idea, masalah ini dapat diselesaikan dengan meluangkan masa seketika di dalam kolam renang di halaman hotel ini.

Reka bentuk dalaman KLoe berkonsepkan minimalist. – Foto: Agoda
  1. Nightcap at Belgian Beer Cafe, Perth, Australia

Penarafan: 9.0/10
Kadar bilik: RM 444.67

Di tengah-tengah bandar raya Perth terdapat sebuah hotel di mana anda tidak akan merasa dahaga iaitu Nightcap di Belgian Beer Café.

Pub ala Belgium yang meriah dan terletak di bawah hotel ini menawarkan pelbagai pilihan minuman Belgium dan juga antarabangsa, serta makanan pub yang lazat.
Bilik-biliknya juga cukup bagus, dilengkapi dengan katil bersaiz king dan bilik mandi moden, menjadikannya penginapan di Perth yang berbaloi untuk wang anda.

Nightcap di Perth, Australia. – Foto: Agoda
  1. Seda Residences Makati, Manila, Filipina
    Penarafan: 9.2/10
    Kadar bilik: RM 392.35

Dengan lokasinya yang strategik di Ayala Avenue, Seda Residences Makati memang layak mendapat pengiktirafan ‘Berbaloi dengan Harga’.

Advertisements

Hotel empat bintang yang memancarkan kelas ini sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan dengan suasana yang tenang di Filipina.

Anda akan berasa seperti di rumah sendiri di dalam bilik yang selesa dan pastinya akan terpesona dengan pemandangan yang tiada tandingannya dari Sky Lobby di Tingkat 19 atau bar bumbung di tingkat 35.

Seda Residence, Manila. – Foto: Agoda
  1. Nogha Hotel Akihabara, Tokyo, Jepun
    Penarafan: 9.4/10
    Kadar bilik: RM 844.86

Nogha Hotel Akihabara memberikan fokus terhadap rekaan dalaman yang ditampilkan dalam hotel ini termasuk dari ruang legar dan bar koktel, sehinggalah benda-benda yang kecil seperti reka bentuk lampu katil dan kepala pancuran air di bilik mandi.

Hotel ini mendapat markah lebih tinggi daripada 99 peratus tempat penginapan yang lain di Tokyo, bukan sahaja dari segi ‘berbaloi dengan harga’, malah juga dalam aspek kebersihan serta layanan perkhidmatannya.

Lokasinya hebat dengan adanya restoran dan stesen kereta api yang berhampiran, tetapi anda pasti gembira untuk meluangkan masa dalam tempat penginapan bandar ini.

Nohga Hotel di Akiabara, Tokyo. – Foto: Agoda
  1. Union Hotel, Seoul, Korea Selatan
    Penarafan: 9.1/10
    Kadar bilik: RM 392.35

Perkara pertama yang akan anda perhatikan tentang Union Hotel di Seoul yang baru diubah suai ialah betapa semua warga kerja di hotel mengambil berat tentang tempat tersebut.

Mereka amat berbangga dengan reka bentuk moden hotel yang indah ini dan sentiasa memastikan bilik serta kemudahan bersih berkilauan.

Mengenai kemudahannya, selain pusat kecergasan, hotel ini juga mempunyai sebuah taman, bilik yoga, pusat golf dalaman dan juga gelanggang tenis tertutup!

Penginapan moden di Union Hotel, Seoul. – Foto: Agoda
  1. Desa Hay Canggu, Bali, Indonesia
    Penarafan: 10/10
    Kadar bilik: RM 1,458.24

Pusat peranginan Desa Hay Canggu di Bali mungkin tidak sesuai dengan bajet semua orang, tetapi jika anda ingin memanjakan diri dengan berbelanja lebih, anda pastinya akan memperolehi satu pengalaman yang dikatakan luar biasa di hotel ini.

Ia diberi penarafan 10/10 ‘berbaloi dengan harga’ oleh lebih seratus tetamu hotel yang disahkan, satu skor yang sempurna!

Bilik-biliknya adalah luas dan sesetengahnya dilengkapi dengan kolam renang persendirian.

Ia juga mempunyai sebuah padang golf serta pemandangan indah dari taman yang rimbun, kolam yang tenang dan juga sawah padi di luar pusat peranginan ini.

Tempat penginapan ini amat disyorkan untuk dijadikan destinasi percutian romantis.

Desa Hay Canggu, Bali. – Foto: Agoda
  1. Casa Severina, Goa, India
    Penarafan: 9.1/10
    Kadar bilik: RM 209.25

Casa Severina, telah dianugerahkan sebagai ‘pilihan utama’ di Goa pada tahun lepas dalam segmen hotel bertaraf 3 bintang.

Tahap perkhidmatan yang luar biasa banyak menyumbang kepada penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’ bagi penginapan ini.

Begitu juga dengan suasana halaman yang indah, kolam renang dan kemudahan kecergasan.

Tidak lupa dengan lokasinya yang berhampiran dengan pantai. Semua ini boleh dinikmati dari keselesaan bilik yang seluas 40 meter persegi dan dilengkapi dengan katil bersaiz king dan balkoni.

Casa Saverina, Goa. – Foto: Agoda
  1. Cho Hotel 3, Taipei, Taiwan
    Penarafan: 9.2/10
    Kadar bilik: RM 396.93

Sudah pastinya anda akan jatuh cinta dengan Cho Hotel 3 yang terletak di tengah-tengah Taipei serta berhampiran dengan tempat-tempat menarik, pengangkutan awam dan sebagainya.

Para tetamu yang pernah menginap di sini menggelarkannya sebagai ‘rumah yang jauh dari rumah’ (home away from home).

Hotel ini mempunyai sebuah piano di ruang legar, dinding yang dipenuhi dengan lukisan dan mesej daripada tetamu terdahulu, dan juga ruang istirahat yang menawarkan air mineral dan mi segera dengan percuma.

Pekerja hotel di kaunter penyambut tetamu yang mesra dan fasih berbilang bahasa menguatkan lagi kedudukan Cho Hotel 3 sebagai sebuah hotel kegemaran pelancong.

Cho Hotel, Taiwan. – Foto: Agoda

Untuk rekod, penarafan kategori ‘Berbaloi dengan Harga’ dipilih daripada ulasan pelanggan dengan skor 9+ kadar bilik dan imej diperoleh daripada Agoda.com antara 25 hingga 27 April lalu iaitu untuk tempahan penginapan bagi bulan Mei.

Harga mungkin berubah mengikut ketersediaan dan tarikh perjalanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan