26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

UMNO Johor sokong utuh kepimpinan Onn Hafiz

UMNO Johor dan kerajaan negeri setuju untuk mewujudkan sekreteriat bersama.

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPIMPINAN UMNO Johor menzahirkan sokongan penuh ke atas kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana kerajaan negeri yang ada pada hari ini adalah dibentuk daripada kejayaan memenangi lebih dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri tahun lalu.

 “Kerana kita mengakui kerajaan sedia ada adalah kerajaan yang dibentuk oleh UMNO dan kerajaan sedia ada juga menerima hakikat tanpa UMNO, mereka tidak ada di situ.

“Berasaskan daripada itu, parti dan kerajaan bersetuju untuk membentuk satu sekretariat bersama antara parti dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan penggal 2023/2026 buat kali pertama di Bangunan UMNO Johor, di Johor Bahru hari ini.

Baca juga:   MBNJ lapor polis dakwa Mahathir hasut rakyat lawan kuasa raja

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini memberi bayangan gabungan kerajaan perpaduan di Melaka tidak akan berlaku di negeri tidak ada kena mengena dengan situasi politik di negeri lain.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, UMNO Johor dan kerajaan negeri setuju untuk mewujudkan sekreteriat bersama.

Katanya, parti akan diwakili Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dan Ketua Penerangan Badan Perhubungan, Datuk Md. Jais Sarday.

Baca juga:   Dua beradik yatim piatu sekelip mata, ibu bapa maut kemalangan

Kerajaan negeri pula akan diwakili Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd. Hairi Mad Shah.

“Mereka akan duduk berbincang tentang perkara yang dirasakan perlu untuk mengukuhkan kedudukan parti dan kerajaan, supaya kerajaan dapat melakukan pelbagai perkara yang boleh membawa kepada kebaikan, kesejahteraan dan kemajuan kepada rakyat dan sebagainya.

“Kita juga memikirkan bagaimana kedua-dua pihak perlu mempunyai persefahaman dan pendekatan yang strategik untuk menjayakan hubungan kerana kita tidak boleh lari daripada hakikat bahawa (beberapa) parti yang sama-sama membentuk Kerajaan Perpaduan (di peringkat Persekutuan),” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   SOP lebih terperinci masjid, surau akan ditetapkan JAKIM

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan