28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

UCL: Real mudah tundukkan Chelsea 2-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

REAL Madrid seperti diramal tidak berdepan masalah menewaskan Chelsea dalam suku akhir pertama Liga Juara Juara Eropah (UCL) apabila menang 2-0 dalam aksi di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Chelsea bermula baik menerusi percubaan Joao Felix seawal minit kedua namun bola tepat ke arah Thibaut Courtois.

Real Madrid terus mendominasi perlawanan selepas 15 minit perlawanan dan hasilnya pada minit ke-21 menyaksikan Karim Benzema gol pertama mereka apabila mudah menolak masuk bola tampanan Kepa Arizabalaga.

Ini merupakan gol ke-11 penyerang dari Perancis itu menentang kelab-kelab Inggeris dan gol ke-14 Benzema dalam sembilan perlawanan peringkat kalah mati.

Minit ke-23 menyaksikan, Coutois cemerlang menafikan percubaan Raheem Sterling pada minit ke-23 yang berpunca daripada hantaran silang Reece James dari sayap kanan.

Advertisements

Luka Modric hampir menggandakan jaringan buat Real pada minit ke-50 namun sepakan lencongnya sedikit sipi melewati palang gol.

Chelsea terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada 30 minit terakhir selepas Ben Chilwell dibuang padang selepas dilayangkan kad merah kerana menarik Rodrygo sekali gus menafikan peluang gol

Tindakan Carlo Ancelotti membawa masuk pemain gantian, Marco Asensio berhasil apabila pemain sayap itu meledak gol kedua Real hanya selepas dua minit berada di atas padang.

Gol itu berpunca daripada gerakan sepakan penjuru yang segera diambil Real sebelum Vincius Jr. menghantar ke belakang dan disudahkan menerusi sepakan lencong leret Asensio untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Tiada tambahan jaringan selepas itu dan tugas berat menanti Frank Lampard dan anak buahnya menjelang suku akhir kedua di Stamford Bridge pada awal pagi 19 April ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan