25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tragedi Sabah Air: Tiada bukti sabotaj, kebakaran

Bagaimanapun laporan itu meragui pengalaman juruterbang kerana rekod prestasinya dalam menerbangkan pesawat sangat buruk.

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SIASATAN dalam Laporan Akhir Siasatan Kemalangan Udara Nahas Pesawat Sabah Air mendapati tidak mempunyai unsur sabotaj, letupan atau kebakaran.

Laporan pasukan penyiasat tragedi Double Six didedahkan kepada umum hari ini membabitkan insiden kemalangan pesawat Sabah Air pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, Tun Fuad Stephens.

Selain itu, laporan juga menyebut pesawat tersebut diselenggara mengikut jadual selain melakukan penerbangan dengan had berat yang dibenarkan.

Dalam pada itu, laporan itu juga meragui pengalaman juruterbang kerana mengikut rekod perkhidmatannya sebelum itu, prestasinya dalam menerbangkan pesawat sangat buruk.

Orang awam kini boleh mendapatkan dan membaca Laporan Akhir Siasatan Kemalangan Udara Nahas Pesawat Sabah Air yang berlaku pada 6 Jun 1976 di laman web Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Advertisements

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan memutuskan untuk mendedahkan laporan siasatan akhir berhubung insiden pesawat Sabah Air yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu Tun Fuad Stephens, empat menteri Sabah dan enam yang lain, 47 tahun lalu.

Menurut Anwar, laporan akhir tragedi itu diturun taraf dan dinyahklasifikasi serta pendedahan laporan itu dibuat mengikut Seksyen 2C Akta Rasmi 1972 (Akta 1988).

Untuk rekod, pesawat dengan nombor penerbangan GAF N-22B milik Nomad Aircraft dalam penerbangan dari Labuan ke Kota Kinabalu sebelum berpusing dan terhempas beberapa minit sebelum mendarat, mengorbankan 11 penumpang dan juruterbang.

Selain Fuad, turun terbunuh dalam kejadian itu ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah, Datuk Peter Mojuntin.

– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan