31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Aidilfitri: Cuti 117,000 anggota, pegawai polis dibekukan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

CUTI kira-kira 117,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan musim perayaan Aidilfitri minggu depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, hanya 10 peratus daripada 130,000 jumlah keanggotaan perkhidmatan awam itu dibenarkan bercuti dan pulang berhari raya.

Menurutnya, meskipun dalam musim perayaan, namun penugasan PDRM amat penting dan tidak sesekali berkrompromi dari segi tanggungjawab menjaga keselamatan dan mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.

“Kita akan berikan cuti selepas perayaan secara bergilir-gilir kerana itu adalah kaedah untuk menentukan bahawa aspek keselamatan negara tidak terjejas walaupun pada musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa PDRM bersama penduduk Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, pada Selasa.

Saifuddin berkata, cuti PDRM disusun mengikut formula seperti yang dibuat sebelum ini iaitu 90 peratus bekerja dan baki 10 peratus lagi bercuti.

Tambahnya, pemberian cuti itu dibuat secara adil kepada semua anggota dan pegawai bagi memastikan semua elemen keselamatan terkawal.

Beliau turut memberi jaminan polis akan meningkatkan rondaan pencegahan jenayah bagi memastikan kawasan perumahan selamat ketika orang ramai bercuti pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. – Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan