29.4 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pemimpin Pemuda UMNO perlu miliki minimum diploma

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

SETIAP pemimpin Pemuda UMNO di peringkat bahagian dan pusat sayap itu perlu memiliki sekurang-kurangnya tahap pendidikan hingga peringkat diploma.

Ketua  Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pemuda UMNO bukan sahaja perlu berani malah mesti dilengkapi dengan ilmu.

“Pemuda UMNO bukan sahaja perlu berani, tetapi mesti dilengkapi dengan ilmu sebaik mungkin.

“Insya-Allah di bawah pentadbiran saya, saya akan memastikan kesemua pimpinan pemuda UMNO bahagian  hingga ke peringkat Pusat mesti mempunyai sekurangnya-kurangnya diploma sebelum sesi pentadbiran ini tamat

“Kita mahu melahirkan pemimpin generasi masa hadapan yang berkualiti dari semua aspek,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal menegaskan sekiranya mana-mana pimpinan sayap itu tidak mempunyai kelayakan akademik, pihaknya akan mengusahakannya untuk penempatan dengan mana-mana pusat pengajian tinggi. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan