29.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

UCL: Milan bawa bekalan tipis ke Naples

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AC MILAN membawa bekalan tipis ke Naples selepas hanya menang 1-0 dalam aksi suku akhir pertama Liga Juara Juara Eropah (UCL) di San Siro awal pagi tadi.

Pertemuan dua kelab Itali itu menyaksikan Napoli yang turun tanpa penyerang berbisa, Victor Osimhen mengasak kubu Milan yang dikemudi Simon Kjaer dan Fikayo Tomori.

Skuad bimbingan Luciano Spalletti itu hampir di depan seawal minit pertama apabila percubaan pemain tengah, Khvicha Kvaratskhelia dikeluarkan dari atas garisan.

Anak buah Stefano Pioli bagaimanapun berjaya menyerap asakan selepas itu dan berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-40 menerusi jaringan Ismael Bennacer.

Advertisements

Gol itu terhasil menerusi larian menarik Brahim Diaz yang kemudiannya menghantar kepada Rafael Leao sebelum bola dihantar kepada Bennacer untuk disudahkan sekali gus menewaskan Alex Meret.

Milan berpeluang menggandakan jaringan beberapa minit selepas itu namun tandukan Kjaer sekadar menggegar palang gol pelawat.

Napoli lebih banyak mengasak pada babak kedua namun gerakan dan percubaan I Partenopei itu dinafikan penjaga gol, Mike Maignan dan keampunan benteng Rossoneri.

Pelawat terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila André-Frank Zambo Anguissa dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-74 sekali gus terlepas peluang beraksi di suku akhir kedua.

Advertisements

Terkini

Tiada lagi pemberian tol percuma di musim perayaan – Alexander

TIADA lagi pemberian tol percuma di musim perayaan mulai tahun ini. Itu keputusan yang dibuat dalam satu mesyuarat Kabinet...

Lagi Artikel Berkaitan