28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Trump tiba di New York untuk perbicaraan mahkamah

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tiba di New York pada petang Isnin untuk menghadapi perbicaraan kes jenayah ke atasnya.

Trump yang berusia 76 tahun bekas presiden AS pertama yang didakwa atas pertuduhan jenayah dalam sejarah negara AS.

Memetik laporan AFP, Trump mendarat di Lapangan Terbang LaGuardia selepas penerbangan selama dua jam setengah dari Florida dengan menaiki pesawat Boeing 757 peribadi yang tertera namanya.

Terdahulu, Juri di Manhattan mendakwa Trump atas pertuduhan berkaitan pembayaran “wang menutup mulut” kepada pelakon filem “lucah” Stormy Daniels.

Advertisements

Trump dijangka kembali ke Florida selepas itu.

Trump menyifatkan pertuduhan ke atasnya sebagai “penganiayaan politik.”

Trump kini menghadapi lebih daripada 30 pertuduhan.

Bercakap kepada CNN, peguam beliau, Joe Tacopina berkata, Trump sedang bersiap sedia untuk ‘berperang’ dan akan mengaku tidak bersalah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan