25.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

PM ingatkan orang Melayu jangan angkuh, terlalu selesa

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KAUM majoriti di negara ini diingatkan agar tidak terlalu selesa dan angkuh sebaliknya perlu menghargai hak kaum minoriti yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara Kemboja merupakan contoh terbaik sebuah negara majoriti penganut Buddha namun meraikan dan memberikan penghormatan kepada golongan minoriti umat Islam di sana.

“Ketika lawatan saya ke Kemboja baru-baru ini, saya berbuka puasa bersama Perdana Menteri Kemboja yang menganjurkan majlis iftar dengan 6,000 umat Islam. 

“Umat Islam di Kemboja hanya 10 peratus, tetapi diberi penghormatan dan saya juga diberi peluang memberi ucapan dan ke masjid di sana.

Advertisements

“Saya sebut bahawa langkah ini menunjukkan negara majoriti penganut buddha memberikan dan meraikan kumpulan minoriti umat Islam dengan menganjurkan iftar dan beberapa ruang termasuk menteri seorang muslim.

“Ini sebagai pengajaran kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi sehari ke Kemboja bertemu rakan sejawatannya, Hun Sen membincangkan pelbagai isu dua hala, serantau serta antarabangsa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan