26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Petronas terus cari gali di kawasan tuntutan bertindih – PM

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) akan meneruskan projek cari gali minyak di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerja-kerja cari gali itu akan diteruskan kerana Malaysia menganggap kawasan itu merupakan milik negara ini.

Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, Malaysia terbuka mengadakan rundingan jika China berpendapat itu merupakan sebahagian daripada wilayahnya.

“Memang perkara ini diangkat kerana percanggahan kedua-dua pihak iaitu ada tuntutan bertindih di Laut China Selatan terutama kebimbangan China kerana Petronas telah menjalankan satu kegiatan besar-besaran di satu kawasan yang dituntut China.

“Perkara ini saya sebut sendiri kepada Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri, Li Qiang bahawa Malaysia menganggap ini kawasan daerah Malaysia. Maka oleh demikian, Petronas akan terus cari gali di kawasan itu.

Advertisements

“Walau bagaimanapun, kalau China merasakan ini hak mereka, kita boleh buka untuk rundingan tetapi sementara itu usaha kita untuk cari gali akan kita teruskan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, pintu rundingan sentiasa terbuka kerana pendirian ASEAN yang mahu setiap tuntutan bertindih diselesaikan secara rundingan.

“Saya tidak mahu mengelak daripada meneruskan rundingan kerana ini pendirian asal. ASEAN merasakan semua tuntutan bertindih harus diselesai secara rundingan.

“Tetapi setakat ini Malaysia bertegas bahawa ini dikawasan atau wilayah Malaysia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan