25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Palestin: Pemuda UMNO bantah kekejaman Zionis

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO hari ini menganjurkan Himpunan Solidariti Pemuda Peduli Palestin di seluruh negara sebagai tanda solidariti kepada Palestin dan membantah kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat negara itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Mohamad Akmal Saleh berkata, mereka membawa dua mesej yang jelas untuk disampaikan berkenaan isu di bumi Palestin.

“Kekejaman rejim Zionis terhadap saudara kita di Palestin tidak akan kita diamkan, menyakiti mereka umpama menyakiti kami semua di seluruh dunia dan bertegas tindakan ini perlu dihentikan.

Dr. Mohamad Akmal mengetuai Pemuda UMNO dalam menyatakan bantahan terhadap kekejaman rejim Zionis di bumi Palestin. Foto: Dr. Akmal Saleh

“Solidariti kami di Malaysia untuk menjadi penyuntik semangat kepada saudara di bumi Palestin untuk terus melawan rejim Zionis tanpa rasa takut,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Akmal berkata, Pemuda UMNO akan menghantar notis bantahan kepada Wisma Putra.

Pemuda UMNO akan menghantar notis bantahan kepada Wisma Putra bagi menggesa OIC dan PBB mengambil tindakan sewajarnya berhubung isu Israel-Palestin. Foto: Dr. Akmal Saleh

“Ini bagi menggesa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan terhadap Israel dengan mengkritik dan meminta semua negara Islam menghentikan apa juga hubungan dengan mereka selagi mana kekejaman ini tidak dihentikan,” katanya.

Menurut beliau, kesemua jentera Pemuda UMNO di setiap bahagian seluruh negara turut digerakkan untuk mengadakan himpunan Solidariti Pemuda Peduli Palestin bermula dari hari ini. – Edisi 9

Terkini

Parlimen Malaysia, UNDP perbaharui kerjasama sehingga 2025

PARLIMEN Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju memperbaharui kerjasama sehingga 2025. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri...

Lagi Artikel Berkaitan