24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Jawatankuasa Fatwa bincang ramalan AidilFitri 20 April

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Fatwa Majlis Kebangsaan akan membincangkan ramalan oleh Pusat Astronomi Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1 Syawal yang dijangka pada hari Jumaat, 21 April ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Naim Mokhtar berkata, perbincangan dibuat bagi memastikan Aidilfitri ‘mengejut’ seperti tahun lalu tidak berulang lagi.

“Kita nak elakkan apa yang berlaku pada tahun lepas berulang, supaya tidak terkejut.

“Jadi kita akan bincang di peringkat jawatankuasa fatwa.

Advertisements

“Penentuan bila Hari Raya itu terletak kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, jadi apa yang saya boleh nasihatkan adalah kita bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian di sidang media di Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), pada Jumaat.

Sebelum ini, portal Gulf News melaporkan kebanyakan negara Islam berkemungkinan akan membuat pengumuman permulaan 1 Syawal pada 21 April sebagaiJawatankuasa Fatwa hari pertama Aidilfitri.

Negara-negara Islam dijangka menjalankan kewajipan mencerap anak bulan Syawal bagi menentukan hari raya Aidilfitri adalah pada 20 April. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan