28.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 24, 2024

Smith dilantik pengurus sementara Leicester

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELAB bermasalah, Leicester City melantik bekas pengendali Aston Villa, Dean Smith sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim ini.

Turut menyertai Smith di Stadium King Power adalah lagenda Chelsea, John Terry yang pernah menjadi orang kanannya ketika di Villa Park serta tiga jurulatih, Adam Sadler, Craig Shakespeare dan Mike Stowel.

The Foxes memecat Brandan Rodgers awal bulan ini susulan prestasi buruk dipamerkan kelab itu musim ini dan kini berada di zon penyingkirkan.

Smith menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab berkata, dia begitu gembira dengan peluang yang diberikan terutama pada hujung musim.

“Cabaran mendatang adalah jelas tetapi saya dan staf kejurulatih berpengalaman berdepan situasi sebegini sebelum ini. Dengan kualiti yang ada dan baki perlawanan yang tinggi, saya fikir ianya boleh dicapai.

Advertisements

“Tugas pertama kami adalah untuk membina semula keyakinan dan kepercayaan dalam pasukan dan bersedia bekerja bersama dengan pemain minggu ini,” katanya hari ini.

Smith merupakan pengurus berpengalaman mengendalikan lebih 600 perlawanan untuk kelab seperti Walsall, Aston Villa dan Brentford.

Tugas terakhir beliau adalah mengendalikan Norwich selama 13 bulan sebelum dipecat pada Disember 2022.

Tugas sukar menanti Smith dalam mengendalikan Leicester apabila dijadualkan bertandang ke Manchester City untuk aksi Liga Perdana Inggeris. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mana mungkin saya berkomplot khianati parti UMNO – Nizar Najib

"MANA mungkin saya akan berkomplot untuk mengkhianati parti yang keluarga saya perjuangkan bersama-sama orang UMNO yang lain sejak ia...

Lagi Artikel Berkaitan