30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sabah bangkit ikat Negeri Sembilan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SABAH FC bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengikat tuan rumah, Negeri Sembilan FC 1-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Dalam aksi di Paroi menyaksikan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee terlebih mencuba menerusi rembatan menarik Baddrol Bakhtiar dari luar kawasan penalti namun terkena palang namun percubaan susulan ditepis keluar Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Minit ke-17 menyaksikan pula menyaksikan percubaan Park Tae-Su sedikit tersasar di sebelah kiri gawang tuan rumah.

Bekas pemain Sabah, Tommy Mawat Bada menghantui bekas majikannya apabila sepakan percumanya pada minit ke-27 gagal diselamatkan Damien Lim sekali gus meletakkan Negeri Sembilan 1-0 di depan.

Tuan rumah terlepas peluang menggandakan jaringan pada minit ke-72 apabila penyerang, Anselmo Casagrande yang tidak dikawal gagal menanduk masuk bola sepakan percuma Tommy Mawat.

Advertisements

Selang dua minit kemudian, sepakan percuma pemain sayap dari Indonesia, Saddil Ramdhani ditepis keluar Sikh Izhan Nazrel.

Usaha Sabah FC mencari gol penyamaan akhirnya berhasil Tae-Su menanduk masuk bola hantaran silang Jailton Paraiba sekali gus memberikan satu mata berharga buat Sabah FC.

Untuk rekod, Sabah gagal memenangi sebarang perlawanan dalam tiga perlawanan berturut-turut termasuk aksi di Paroi malam tadi selepas tewas 4-0 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kuala Lumpur City 2-0 minggu lalu.

Dalam pada itu, satu lagi perlawanan di Stadium KLFA Cheras menyaksikan Kuala Lumpur City berjaya menewaskan Perak FC 1-0.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import, Sebastian Avanzini pada waktu kecederaan babak pertama sekali gus melonjakkan skuad The City Boys itu ke tangga kelapan Liga Super selepas tujuh perlawanan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan