27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Sri Pahang naik ke tangga ketiga Liga Super

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SRI PAHANG FC terus mempamerkan aksi memberangsangkan musim ini apabila melonjak ke tangga ketiga Liga Super selepas menang tipis 1-0 ke atas Kelantan United di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Skuad bimbingan Fandi Ahmad itu masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam lapan perlawanan musim ini menyamai rekod semasa pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dalam aksi di depan kira-kira 2,000 penyokong malam tadi, Sri Pahang terlebih dahulu berpeluang menjaringkan gol apabila tandukan Lucas Silva ditepis penjaga gol, Ilham Amirullah sementara tindakan susulan Kpah Sherman tersasar.

Minit ke-23 pula menyaksikan giliran Kelantan United menguji Izham Tarmizi menerusi percubaan Asraff Alifuddin namun ditepis penjaga gol Sri Pahang berkenaan.

Ilham sekali lagi menjadi wira Kelantan United apabila menepis percubaan Baqiuddin Shamsudin dari dalam kawasan penalti pada minit ke-68.

Advertisements

Penjaga gol pelawat itu terus diuji terutama dalam 10 minit terakhir menerusi asakan bertubi-tubi yang dicipta Sri Pahang FC.

Namun, ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Stefano Brundo

tampil meledak gol kemenangan tuan rumah pada masa kecederaan.

Gol itu terhasil daripada hantaran Nor Azam Azih ke dalam kawasan penalti sebelum ditanduk Brundo ketika Ilham hanya mampu melihat bola menerjah gawangnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan