25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Singapura, Indonesia dan Thailand rai Aidilfitri Sabtu ini

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam di Singapura, Indonesia dan Thailand akan menyambut Aidilfitri pada Sabtu.

Pengumuman di Singapura dibuat Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, dalam pengumuman melalui laman sesawang Majlis Ugama Islam (MUIS).

“Mengikut pengiraan astronomi, hilal bagi bulan Syawal tidak muncul pada petang ini selepas matahari terbenam. Ini menandakan esok akan berakhir 30 hari Ramadan.

“Oleh itu, sukacita dimaklumkan bahawa hari pertama Syawal atau Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H jatuh pada Sabtu, 22 April 2023,” katanya.

Sementara itu, di Jakarta, Menteri Hal Ehwal Agama Yaqut Cholil Qoumas berkata, Aidilfitri akan disambut pada Sabtu kerana “anak bulan Syawal pada Maghrib di Indonesia tidak memenuhi kriteria”.

Advertisements

Menteri itu merujuk kepada kriteria yang ditetapkan oleh Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) berdasarkan perjanjian pada 2021.

Susulan pengumuman itu, Ramadan akan berlangsung sehari lagi di negara majoriti penduduk Islam paling ramai penduduk dan Syawal disambut sehari selepas itu.

Syeikhul Islam Thailand, Aziz Phitakkumpon turut mengisytiharkan Sabtu sebagai hari pertama Aidilfitri di negara itu, selepas disahkan bahawa anak bulan tidak kelihatan.

“Oleh itu, saya mengisytiharkan Sabtu sebagai hari pertama Aidilfitri,” katanya dalam satu kenyataan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan