26.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mesut Ozil bakal sertai politik selepas bersara 

Akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen di Turkiye

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil bakal beralih ke bidang politik selepas mengumumkan persaraan dari bola sepak dengan bertanding dalam pilihan raya parlimen Turkiye akan datang.

Bekas pemain Jerman berusia 34 tahun dilaporkan sebagai calon berpotensi untuk parlimen Turki, menurut laporan media tempatan.

Ozil disenaraikan antara calon parlimen pada pilihan raya akan datang sebagai wakil Parti AK.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi bayangan beberapa nama baharu bakal tersenarai sebagai calon mewakili parti itu namun kemungkinan bekas pemain Jerman itu antara mendapat pencalonan popular mengejutkan ramai pihak.

Walaupun tampil untuk Jerman ketika karier antarabangsanya, Ozil mempunyai pertalian darah anak kepada imigran Turkiye yang dikaitkan hubungan dengan negara kelahiran ibu bapanya.

Dia dilihat mempunyai hubungan rapat dengan Presiden Reccep Erdogan yang hadir majlis perkahwinan Ozil pada 2019.

Ozil memiliki 92 kaps bersama skuad kebangsaan Jerman.

Advertisements

Ozil mengumumkan persaraan daripada bola sepak profesional bulan lalu selepas kecederaan menghadkan dia kepada hanya lapan penampilan musim ini.

Keputusan itu dibuat ketika beraksi bersama Istanbul Basaksehir di Turki untuk menamatkan kontraknya.

Pencapaian terbaik Ozil bersama pasukan Jerman memain peranan penting merangkul Kejuaraan Piala Dunia 2014. 

Mesut Ozil dianggap antara playmaker terbaik dalam generasinya. 

Perancang tengah itu meninggalkan Arsenal pada 2021 setelah tidak disenangi bos Mikel Arteta, menyertai Fenerbahce dengan kontrak selama 18 bulan sehingga musim panas lalu.

Ozil merekodkan 54 bantuan gol dalam 184 penampilan selaian memenangi empat kejuaraan Piala FA dalam tujuh musimnya bersama The Gunners. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan