27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Polis buka 7 kertas siasatan libatkan kes 3R

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka tujuh kertas siasatan melibatkan kes-kes 3R iaitu agama, bangsa dan insitusi diraja antara 27 Mac hingga 6 April lalu.

Setiausahanya, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, daripada jumlah itu, empat kes adalah melibatkan institusi diraja, dua kes penghinaan agama dan satu bagi kes perkauman.

Beliau memaklumkan, Polis menerusi petugas khas (task force) 3R telah menahan dua individu membabitkan kes penghinaan institusi diraja manakala seorang lagi suspek dalam proses pengesanan.

“Daripada tujuh kertas siasatan, tiga telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara manakal empat lagi kes masih dalam siasatan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Petugas Khas 3R ini diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dan berperanan menyiasat kes-kes melibatkan penghinaan terhadap agama, kaum dan institusi diraja.

Advertisements

Objektif pasukan ini adalah untuk memastikan siasatan dijalankan dengan segera dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, Polis menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya memuat naik gambar, video sensitif dan seumpamanya yang melangkaui aspek 3R.

‘Perkara seperti ini boleh menjurus kerpada fitnah dan menyakitkan hati sehingga mengundang kemarahan masyarakat dan kekacauan.

“Pengguna disaran menggunakan media sosial dengan bijak terutama yang menyentuh isu 3R bagi menjamin keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum serta agama terpelihara,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan