28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kerajaan iktiraf hak untuk kesihatan tanpa kira status – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN mengiktiraf hak untuk kesihatan bagi semua individu sebagai hak asasi manusia yang penting bagi mencapai kehidupan yang bermaruah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia selaras dengan nilai dan prinsip Malaysia Madani kerana kerajaan mengiktiraf hak tersebut bagi mencapai kehidupan yang bermaruah.

“Hak untuk kesihatan ini seharusnya dinikmati oleh setiap orang secara saksama tanpa mengira status atau sebarang perbezaan dan diskriminasi,” katanya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sempena Hari Kesihatan Sedunia hari ini, yang bertemakan ‘Kesihatan untuk Semua (Health for All)’.

Advertisements

Ujar Anwar lagi, beliau juga komited untuk memacu pelaksanaan agenda ‘Kesihatan untuk Semua’ selari dengan penubuhan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-75.

“7 April 2023 juga adalah ulang tahun ke-75 WHO. Justeru, sambutan Hari Kesihatan Sedunia ini turut mempamerkan perkongsian serta kerjasama erat antara kerajaan Malaysia dan WHO yang sudah terjalin sejak 65 tahun yang lalu.

“Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan WHO bagi mempromosi kesihatan, memelihara kesejahteraan serta memberi perkhidmatan kepada golongan rentan agar setiap orang di mana sahaja boleh mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan tertinggi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan