TINDAKAN pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak berusia empat tahun yang terperangkap selama 20 minit di dalam sebuah kereta di Jalan Cheras Lama, Kg Sungai Raya, ibu negara pagi tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Morni Mamat, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.38 pagi berhubung kejadian yang dipercayai akibat kunci automatik.
“Setibanya di lokasi, anggota bomba mendapati kanak-kanak itu terkunci dari dalam sebuah kereta jenis Perodua Myvi selama 20 minit.
“Susulan itu, anggota bertindak membuka kereta tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Morni berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibunya. – Edisi 9