33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Arab Saudi sambut Aidilfitri hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEBERAPA negara mengumumkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini termasuk Arab Saudi selepas anak bulan Syawal dilaporkan kelihatan di negara berkenaan semalam.

Memetik laporan portal berita Saudi Gazette, Jawatankuasa Pemerhati di Balai Cerap Tumair, memaklumkan berikutan anak bulan Syawal telah dilihat, Ramadan kali ini hanya berlangsung selama 29 hari.

Turut dilaporkan menyambut 1 Syawal pada hari ini adalah Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.

Sebahagian warga Indonesia juga mengumumkan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini berbanding negara jiran lain.

Advertisements

Umat Islam di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Brunei Darussalam akan menyambut Aidilfitri pada esok.

Terdahulu malam tadi, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

“Maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Sabtu, 22 April 2023,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan