24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

5 lelaki ditahan syaki pukul, campak wanita ke bawah jambatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI lima lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat memukul dan mencederakan seorang wanita serta mencampakkan mangsa ke bawah Jambatan Kampung Sawah, Banting, kira-kira 30 kilometer dari Kuala Langat.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada Khamis lalu, kira-kira jam 3.25 pagi, mengatakan telah terdengar suara orang meminta tolong di bawah jambatan itu. 

Bagaimanapun katanya, wanita tempatan berumur 52 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank tempatan itu telah diselamatkan oleh orang awam.

“Wanita itu telah dihantar ke Hospital Banting, selepas sekitar sejam kejadian berkenaan. 

“Hasil temu bual awal, kejadian berpunca kerana mangsa menegur tindakan suspek yang kerap membuat bising serta selalu meminum minuman keras.

“Suspek juga mengambil dadah di dalam rumah sewa yang didiami oleh mereka berdua (mangsa dan suspek),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Akibat itu, Ahmad Ridhwan berkata, mangsa telah dipukul dan dicederakan dengan menggunakan senjata tajam dan rotan oleh beberapa lelaki warga tempatan sebelum dicampakkan di jambatan tersebut.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat telah berjaya membuat tangkapan terhadap lima orang lelaki warga tempatan pada petang hari yang sama di sekitar Banting.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Perdana dan sebatang rotan,”katanya.

Katanya, kesemua suspek berumur antara lingkungan 30-an dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain tiga daripada mereka positif dadah jenis methaphetamine dan ganja.

“Sehubungan dengan itu, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 364 dan 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan