32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

30 warga Malaysia di Sudan berlepas ke Jeddah naik kapal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 30 warga Malaysia yang berada di Sudan dilaporkan sudah berjaya keluar dari negara itu dengan menaiki kapal Tentera Laut Diraja Arab Saudi selepas menempuh perjalanan darat lebih 30 jam dari ibu kota Khartoum ke Port Sudan.

Wisma Putra melalui ciapan di Twitter rasminya berkata, pelayaran merentasi Laut Merah menuju ke Pangkalan Tentera Laut Raja Faisal di Jeddah itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 jam.

“Kapal laut itu kemungkinan tiba sebelum pukul 2 pagi 27 April 2023 waktu Malaysia (9 malam 26 April 2023 waktu Arab Saudi),” katanya.

Pada masa sama, Wisma Putra turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menjayakan misi evakuasi itu.

Advertisements

Selain itu, kumpulan berkenaan turut disertai 26 individu daripada tujuh negara berbeza yang turut diselamatkan Pasukan Khas Wisma Putra dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia.

Mereka terdiri 14 warga Singapura, enam warga Kemboja, dua warga Amerika Syarikat selain masing-masing seorang rakyat Filipina, Thailand, Palestin serta Sudan.

Bagaimanapun, dua orang lagi rakyat Malaysia tidak terlibat dalam operasi pemindahan keluar itu kerana berkhidmat dengan misi Pertubuhan Bangsa Bersatu di negara berkenaan.

Setakat ini, media Arab Saudi melaporkan pihak tentera laut negara itu berjaya membawa keluar seramai 1,687 rakyat daripada 58 negara sejak operasi pertama Sabtu lepas. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan