25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Agus tidak cermat menyindir – PAS

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PAS Kelantan menempelak perbandingan isu kemudahan asas yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff di antara negeri Pulau Pinang dan Kelantan.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohd Firdaus Nawi berkata, Agus sepatutnya berhati-hati apabila membuat perbandingan antara Kelantan dan Pulau Pinang hingga ke kancah yang memualkan.

“Pulau Pinang tidak bersalah tetapi Agus telah mengheretnya dalam kancah perbandingan yang memualkan.

“Jika mahu dikatakan Kelantan kotor dengan sampah, katakanlah sahaja dan jangan bandingkan kerana Pulau Pinang juga berdepan masalah sama,” katanya menerusi Facebook pada hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi laporan media mengenai kenyataan Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo mengenai isu pembuangan sampah secara haram yang meningkat di negeri itu.

“Kerajaan Pulau Pinang perlu agresif tangani pencemaran sungai.

“Sekali lagi Pulau Pinang tidak salah tetapi yang tidak betulnya adalah Agus, Pengarah J-KOM yang jawatannya bukan sahaja dipertikai lawan tapi dalaman komponen Kerajaan Anwar-Zahid juga,” ujarnya.

Terdahulu, Agus membangkitkan tentang tiga isu yang merimaskannya ketika pulang berhari raya di Kelantan.

Tiga perkara itu adalah bekalan air yang tidak berkualiti, jalan tidak diselenggara dengan baik dan persekitaran yang kotor kerana sampah tidak diuruskan secara sistematik. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan