26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 10, 2023

Sistem perpaipan bocor punca tanah runtuh – KKR

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIASATAN awal Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan kejadian tanah runtuh di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) berpunca daripada kebocoran sistem perpaipan bekalan air di kawasan tersebut.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanti Linggi berkata, siasatan tersebut dijalankan oleh Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR.

“Kebocoran paip pada sistem perpaipan telah menyebabkan tanah mengalami ketepuan yang tinggi (fully saturated) seterusnya meningkatkan lateral force kepada tembok penahan sedia ada dari jenis Contiguous Micropile.

“Sebahagian tembok penahan tersebut telah runtuh bersama-sama dengan tanah cerun,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, taburan hujan di Stesen Sentul untuk empat hari dari 21 hingga 24 April lalu juga mencatatkan bacaan yang tinggi antara 16.0 milimeter (mm) hingga 47.5mm.

Katanya, semasa kejadian cuaca adalah baik dan tiada hujan langsung.

Baca juga:   Pengguna AirAsia boleh tuntut pampasan - Alexander

“JKR juga memerlukan lukisan terbina (As-built Drawing) struktur tembok penahan sedia ada dari pihak pemilik bangunan, untuk membuat semakan lanjut terhadap struktur tembok penahan berkenaan.

“Kerja-kerja pembersihan tapak akan bermula petang ini melalui kontraktor yang dilantik serta kerja-kerja pemasangan tarpaulin sheet di kawasan cerun runtuh bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah.

“Kerja-kerja pemasangan tilt sensor bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dijangka akan dipasang bermula esok,” ujarnya. – Edisi 9

Baca juga:   Semua kerja pembinaan di kawasan PKPD dihentikan

Wartawan

Terkini

Pindaan perlembagaan mudahkan daftar ahli baharu lulus

PERHIMPUNAN Agung Khas UMNO hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu berhubung hal-hal keahlian dan prosedurnya bagi memudahkan lagi...

Lagi Artikel Berkaitan