26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Wujud persaingan yang sihat, bukti keupayaan

Seramai 45 warga PDRM menerima APC Tahun 2022.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENGIKTIRAFAN kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pasukan bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik.

Itu harapan yang diungkapkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 hari ini.

Seramai 45 warga PDRM menerima APC Tahun 2022 dalam majlis yang diadakan di Dewan Mes Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman, pagi tadi.

Mendahului senarai penerima APC Tahun 2022 ialah Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Datuk Seri Sahabudin Abd Manan diikuti Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad.

Kesemua penerima anugerah membawa pulang Sijil Penghargaan dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional bernilai RM1,000 yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Advertisements

Acryl Sani berkata, beliau berharap pengiktirafan yang diberikan menjadi pembakar semangat kepada warga PDRM yang lain untuk terus berusaha dengan lebih gigih pada masa hadapan.

“Semoga ia juga dapat mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan warga Pasukan bagi membuktikan keupayaan masing-masing dalam memberikan perkhidmatan kepolisan yang terbaik, Insya-Allah,”katanya.

Tan Sri Acryl Sani turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atas sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan dalam menaja serta menjayakan majlis APC PDRM sejak tahun 2019 lagi.

Dalam majlis yang sama turut berlangsung penyerahan Mock Cheque Sahabat PTPTN yang disampaikan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid kepada KPN sempena insentif sahabat APC 2022 dan penyampaian sumbangan takaful serta khairat kematian kepada penerima yang menerima manfaat.

Hadir sama dalam majlis tersebut, barisan Pengarah PDRM, barisan Ketua Polis Negeri, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman, Datuk Nerita Yaacob dan para pegawai kanan polis. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan